Kesetiakawanan Putra Sam'ba Putra Sampih Banjar

KESETIAKAWANAN SOSIAL PUTRA SAM'BA PUTRA SAMPIH BANJAR Peduli Terhadap Sesama Call 081394315190

Kamis, 02 Juni 2016

Amalan Wirid Surat Waqi’ah

Amalan Wirid Surat Waqi’ah 3 x Sehari Jaminan Rejeki Melimpah

Surat al-Waqi’ah sebagai surat kekayaan atau surat kerejekian sudah popular di tengah kaum muslimin. Sebab ada riwayat dari Nabi yang menyatakan bahwa siapapun yang membaca surat Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya. Tapi adakah cara pengamalan surat waqiah ini biar atsarnya betul-betul mustajab?

Ada tulisan di forum yang membagi cara pengamalan surat waqiah ini. Bagini yang disampaikannya:
“Izinkan dengan kerendahan hati saya mau sharing sebuah amalan yang saya lazimkan sejak beranjak muda sampai sekarang, dan alhamdulillah jalan tak terduga selalu ada bagi saya di dalam kehidupan.
Amalannya adalah:
1.      Lazimkan Baca Surat Waqi'ah 3x sehari; boleh 3x dalam sekali duduk atau pisah-pisah yang penting sehari 3x.
2.       Melazimkan Sholawat apapun. Dulu saya melazimkan Sholawat Nariyah sehabis sholat fardhu 11x.
Setiap selesai membaca Surat Waqi'ah; saya diajarin oleh guru saya membaca doa di bawah ini:

الّلهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ بِحَقِّ سُوْرَةِ الْوَاقِعَةِ وَأَسْرَارِهَا  أنْ تُيَسِّرَلِيْ رِزْقِي كَمَا يَسَّرْتَهُ لِكَثِيْرٍ مِن خَلْقِكَ يَا ألله يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
"Alloohumma inni  As aluka bihaqqi suuratil Waaqi'ah Wa asroorihaa antu yassiroli rizki kamaa yusarritahu li katsiirin Bi kholqika Yaa Allooh Yaa Robbal 'Aalamiin"
Terjemah doa sesudah membaca surat al-Waqiah:
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan kebenaran surat Waqi’ah dan rahasia-rahasianya, agar Engkau berkenan memudahkan rezekiku sebagaimana Engkau memudahkannya untuk kebanyakan  makhlukMu, ya Allah, ya robbal ‘alamin”

Tapi ada syarat yang diperhatikan, yaitu amalkan dan baca dengan dawam (terus-menerus) sampai terlihat atsar (bukti) dari amalan tersebut. Begitu saya diwejang oleh guru saya dulu. Namun untuk pemula, coba lakukan hal di atas tanpa terlewat dalam waktu 90 hari. Catat perjalanannya dan diikuti dengan puasa-puasa sunnah lainnya, untuk memperkuat aura keberhasilan.
Ada banyak testimoni yang disampaikan oleh anggota forum yang lain tentang hasil setelah mengamalkan wirid surat al-Waqi’ah ini. Dan ternyata memang sangat luar biasa menurut hasil penuturan mereka. Insya Allah pada tulisan yang akan datang akan saya posting pengalaman mereka yang sudah mengamalkan wirid Waqiah ini.  Atau anda juga punya pengalaman sendiri tentang surat waqiah ini?

Cara mengamalkan surat Al Waqiah
    Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juz ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang artinya kiamat .
Al-Waqiah Surah Kekayaan Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
  Fatwa Ulama’Berkata
“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari berbagai penjuru serta berkah pula.”

  Khasiat Surah Al-Waqiah Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan
khasiat, antara lain:
1.      Mereka yang membacanya sebagai wirid , Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2.      Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya .
3.      Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan
dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4.      Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya
khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5.      Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan .
6.      Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:   Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya. Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali. Diikuti dengan selawat  Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah Surah Al- Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.      Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap
mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8.      Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Adapun Petua lain, Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
1.      Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari , di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Kamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan saja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala hewan).
2.      Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu , membaca surah Al-Waqi'ah sebanyak 25 X . Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama , maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3.      Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X , kemudian berselawat 1000 X.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.
Dengan kita bisa mengamalkannya setiap hari ,semoga apa yang kita harapkan dapat terkabul,Allahumma amin